Microsoft Office PowerPoint, Multimedia (Animation) & Advokasi Sesi 1

22 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas animasi timer menggunakan Microsoft Office PowerPoint di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini dijalankan ialah berkongsi ilmu pengetahuan bersama para perserta dalam menghasilkan animasi timer. Sebelum bermulanya kelas, para peserta terlebih dahulu diberi penerangan ringkas dalam asas menghasilkan animasi menggunakan PowerPoint. Dalam sesi 1 ini juga, para peserta diminta mecari contoh membuat animasi menggunakan PowerPoint di youtube.

Seramai 13 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali